Jangkitan kulat kandida pada dinding vagina
Mengikut kajian
pakar kesihatan kelamin, 99.9 peratus wanita menghidap penyakit
keputihan akibat jangkitan kulat kandida yang terdapat pada dubur dan
juga faraj wanita. Jangkitan boleh disebabkan oleh sikap tidak perihatin
atau cermat wanita di dalam soal kebersihan anggota sulit mereka.
Memakan antibiotik
untuk jangka masa lama juga boleh membunuh bakteria semula jadi dalam
faraj dan mendedahkan faraj kepada jangkitan dari luar. Wanita hamil dan
mengidap penyakit kencing manis mudah dijangkiti kulat candida.
Pengeluaran
lendir keputihan dari kemaluan tidak semestinya menandakan penyakit.
Disebaliknya ia mungkin adalah proses biasa bagi seorang wanita. Lendir
dikeluarkan oleh faraj dan pangkal rahim untuk melindungi sel-sel dan
saluran dinding faraj. Tanpa lendir ini, sel-sel ini akan menjadi kering
dan rosak.
Kebiasaannya
sifat dan rupa lendir atau keputihan itu adalah jernih , cair tanpa
berbau dan tidak diiringi rasa gatal. Lendir yang berwarna putih dan
pekat, kelihatan seperti nanah, berbau busuk serta diiringi rasa
gatal-gatal pada sekeliling faraj. Adakalanya warna lendir itu berwarna
kemerahan atau coklat kerana bercampur darah. menandakan yang faraj dan sistem peranakan anda telah dijangkiti oleh bakteria.
Beberapa contoh penyebab keputihan wanita yang tidak normal ialah:-
- Infeksi yang disebabkan oleh kulat. Keluar lendir berwarna putih ataupun kekuningan. Ia berlaku secara berterusan dan biasanya disertai dengan rasa gatal. Infeksi jenis ini kebiasaannya disebabkan oleh kulat candida atau monillia.
- Infeksi oleh kuman trichomonas. Keputihan wanita jenis ini biasanya ditunjukkan oleh keluarnya cairan berwarna kehijauan dan serta rasa gatal.
- Infeksi oleh bakteria vaginosis. Tanda-tanda bagi situasi ini ialah keluar cecair yang berwarna kelabu serta berbau.
- Penyakit yang menular melalui perhubungan seks, yang ditunjukkan dengan keluarnya cairan bersifat 'cheesy', berbau dan bercampur darah.
- Kanser pangkal rahim. Tandanya ialah keluar cecair yang biasanya tidak disertai gatal, disertai bau busuk
Beberapa contoh penyebab keputihan wanita yang lain:-
- Vaginitis atropik yang timbul pada usia lanjut (menopause), kebiasanya disertai dengan rasa nyilu akibat kekurangan hormon estrogen.
- Ubat seperti antibiotik, ubat mengandungi estrogen.
- Pemakanan juga merupakn faktor yang menyebabkan kulat berlebihan pada vagina anda. Pengambilan makanan mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti donut, kuih-muih dan gula-gula getah juga boleh menyebabkan keputihan. Pengambilan beberapa jenis buah-buahan seprti nenas, sengkuang dan timun juga boleh menyebabkan keputihan. Kurangkan pengambilan buah-buahan ini jika anda mempunyai masalah keputihan.
- Pemakaian tuala wanita yang kurang sesuai dan seluar dalam yang kurang pengudaraan juga boleh memburukkan lagi permasalahan ini.
Terdapat benda asing seperti adanya benang, kain ataupun benda lain yang secara sengaja / tidak sengaja ada di dalam vagina.
PENYELESAIAN MASALAH KEPUTIHAN
Alfalfa Complex mampu mengatasi masalah keputihan
Alfalfa digelar Raja Tumbuhan mempunyai akar yang mengunjur jauh ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai mineral & zat galian yang penting. Beza Alfalfa Shaklee dengan Alfalfa sprouts yang dijual di shopping complex dan kedai organic adalah alfalfa shaklee yang telah matang di ambil dan di proses untuk dijadikan tablet.
Hubungi saya di Siti 019-5781123
COD: Batu Pahat, Johor.
Fb: Natureforus
Tiada ulasan:
Catat Ulasan