KHASIAT
Bertangas sangat sesuai dilakukan oleh wanita yang baru
sahaja melahirkan anak dan selepas haid bagi mengeluarkan peluh serta
toksin dari badan. Bagi wanita bersalin, ia juga dapat membantu proses
penyembuhan dan pengecutan rahim dengan cepat. Dalam jangka masa panjang
ia dapat menghidari daripada penyakit puan seperti keputihan, saluran
sulit yang longgar, rahim rendah dan keluar tombong (prolapse). Dengan
mengamalkan tangas, pengamal boleh merasakan khasiat dan perubahan
seawal 2 kali rawatan.
Wanita mengandung adalah ditegas dari melakukan rawatan ini.
Wanita sudah berkahwin dan anak dara: Sebaiknya dilakukan
selepas habis haid, diamalkan 1-3 kali seminggu untuk mendapat kesan
terbaik. Merawat keputihan dan bau. Menegangkan kulit. Mengelak pelbagai
penyakit kelamin dan rahim. Mengelakkan rahim jatuh dan keluar tombong.
Wanita Berpantang: Rawatan bertangas boleh dilakukan setiap
hari selama 44 hari. Bertangas adalah rawatan yang boleh dilakukan
selepas mandi air rebusan herba (campuran pelbagai herba dan daun-daun
pokok kayu) bagi wanita berpantang. Manfaat bertangas adalah agar luka
cepat kering dan jahitan cepat sembuh, mengelakkan jangitan kuman pada
bahagian sulit, nifas yang lawas dan cepat kering, kembali ketat,
mengecut rahim serta, mengelakkan keluar tombong (prolapse).
Wanita Berusia: Sebaiknya diamalkan 1-3 kali seminggu.
Untuk mengembalikan “lembapan kewanitaan”, terutama bagi wanita yang
mengalami pra-monopos atau yang telah monopos. Menegangkan dan
mengembalikan lembapan pada kulit di bahagian sulit.
JENIS BERTANGAS
Rawatan bertangas terdapat dalam pelbagai cara dan ramuan.
Dua kaedah yang biasa diamalkan ialah bertangas kering dan basah. Tangah
boleh dilakukan kepada seluruh bahagian tubuh ataupun hanya tertumpu
pada bahagian sulit.
BERTANGAS BASAH
Bertangas basah menggunakan ramuan rempah ratus dan herba
yang direbus. Wap yang dihasilkan air rebusan inilah yang digunakan
untuk bertangas. Bertangas dibuat dengan menyelubung seluruh badan
dengan kain dari paras leher ke paras lantai agar wap tangas menyeluruh
kena pada badan.
Amalan ini dapat menghasilkan daya kelembapan kulit yang mantap di bahagian alat sulit. Rawatan juga dapat mengelakkan kelesuan kulit dan bau badan. Ketika rawatan bertangas basah, boleh amalkan senaman kemutan otot rahim atau Kegel exercise untuk kekuatan otot faraj dan rahim.
Amalan ini dapat menghasilkan daya kelembapan kulit yang mantap di bahagian alat sulit. Rawatan juga dapat mengelakkan kelesuan kulit dan bau badan. Ketika rawatan bertangas basah, boleh amalkan senaman kemutan otot rahim atau Kegel exercise untuk kekuatan otot faraj dan rahim.
Proses rawatan bertangas secara tradisional adalah dengan
memasukkan air panas yang dicampurkan sedikit dengan air sejuk untuk
mengelakkan kecederaan ke dalam besen yang besar serta dicampurkan
ramuan-ramuan herba yang telah dibersihkan seperti buah manjakani, asam
keping, daun sirih, daun kunyit, halia merah, daun mengkudu, buah pala
serta sedikit garam dan bermacam-macam lagi sumber asli yang
kebanyakannya boleh didapati di dapur masing-masing.
Setelah dibiarkan beberapa minit, wanita yang akan
menjalani rawatan bertangas akan masuk dan duduk di dalam besen tersebut
supaya air campuran herba mengenai bahagian sulit mereka. Di samping
itu, mereka boleh menggosok bahagian sulit dengan air campuran herba
tersebut untuk kesan yang lebih baik.
Ramuan tangas basah:
• 10 keping asam gelugur
• 3 biji manjakani atau 1 sudu besar serbuk manjakani
• 3 helai daun sirih
• 2 sudu besar garam kasar
• Segenggam inai
• 2 cm halia
• Serumpun serai wangi (termasuk daunnya)
• Boleh juga ditambah dengan daunan dari pokok-pokok herba
• 10 keping asam gelugur
• 3 biji manjakani atau 1 sudu besar serbuk manjakani
• 3 helai daun sirih
• 2 sudu besar garam kasar
• Segenggam inai
• 2 cm halia
• Serumpun serai wangi (termasuk daunnya)
• Boleh juga ditambah dengan daunan dari pokok-pokok herba
Caranya :
Rebus semua bahan bersama air sehingga mendidih. Rebus di dalam periuk tanah dan kemudiannya bertangas selama 15-30 minit. Air yang sejuk boleh dijadikan bahan pencuci bahagian sulit.
Rebus semua bahan bersama air sehingga mendidih. Rebus di dalam periuk tanah dan kemudiannya bertangas selama 15-30 minit. Air yang sejuk boleh dijadikan bahan pencuci bahagian sulit.
BERTANGAS KERING
Bertangas kering juga dikenali sebagai bertangas herba. Ia
menggunakan batu sungai yang dipanaskan. Ramuan tertentu ditumbuk halus
dan kemudiannya diletakkan di atas batu sungai yang panas tadi. Wap yang
terhasil dari keduanya ini digunakan untuk bertangas. Pengamal
kemudiannya duduk diatas kerusi tangas sehingga panas dan wapnya
berkurangan.
Ramuan tangas kering:
Tumbuk halus bahan-bahan ini
• 1 sudu besar serbuk manjakani
• 1 sudu besar inai
• 1 sudu besar kunyit hidup
• 1 sudu besar jintan hitam
• 1 sudu besar halba
• 1 sudu besar garam kasar
• ½ cawan perahan limau nipis
• 9 keping asam gelugur
Tumbuk halus bahan-bahan ini
• 1 sudu besar serbuk manjakani
• 1 sudu besar inai
• 1 sudu besar kunyit hidup
• 1 sudu besar jintan hitam
• 1 sudu besar halba
• 1 sudu besar garam kasar
• ½ cawan perahan limau nipis
• 9 keping asam gelugur
Caranya :
Panaskan batu sungai atau batu tanah liat di atas dapur. Alaskan daun sireh dalam periuk/mangkuk tanah. Masukkan batu yang telah pun betul-betul panas. Letakkan ramuan yang telah ditumbuk halus di atas batu. Sedia untuk digunakan.
Panaskan batu sungai atau batu tanah liat di atas dapur. Alaskan daun sireh dalam periuk/mangkuk tanah. Masukkan batu yang telah pun betul-betul panas. Letakkan ramuan yang telah ditumbuk halus di atas batu. Sedia untuk digunakan.
Dapatkan tablet Alfalfa 100% herba asli untuk bertangas. berminat boleh hubungi Puan Siti 019-5781123
( Batu Pahat, Johor)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan