APAM BERAS
Resepi: Cha MyResepi
BAHAN-BAHAN:-
2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 cwn brown sugar
3/4 cwn gula pasir (dua2 gula pasir pun takpe )
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam
CARA NAK BUAT:
1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus). Setelah
hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
2. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis. Selepas itu,masukkan bahan
cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati. Perap selama 3 jam.
3. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain. Sapukan sedikit minyak pada acuan
kecil. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit.
4. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam.. atau enak juga dimakan begitu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan