5 Januari 2015

Anggur Muskat dalam Vivix

Salah satu bahan utama vivix adalah muscadine grape (anggur muskat). Apa itu anggur muskat dan kenapa shaklee pilih anggur muskat untuk menghasilkan vivix?


Jom Kita Kenali Anggur Muskat

Ia juga turut dikenali sebagai Vitis rotundifolia. Sejenis anggur liar yang mempunyai 20 kromosom. Disebabkan penambahan 1 pasang kromosom berbanding anggur biasa, anggur ini menyediakan lebih banyak faedah kesihatan, menawarkan fungsi imun yang lebih tinggi dan sifat antioksidan yang lebih kuat. Ia banyak di tanam di daerah Amerika Selatan.
Saiz anggur ini boleh di katakan sebesar saiz bola golf. Anggur ini tumbuh pada persekitaran yang unik, pendedahan kepada cahaya matahari yang tinggi lalu menawarkan kandungan polifenol dan resveratrol yang banyak. Ini memberikan kesan istimewa dan menyediakan lebih banyak faedah kesihatan, membaiki fungsi dan meningkatkan prestasi kepada kita semua.

 saiznya yang besar ini sememangnya bernilai lebih mahal dari anggur yang biasa.

Polifenol di dalam Anggur Muskat

 Polifenol adalah sebatian antioksidan semulajadi yang biasa ditemui didalam tumbuhan yang boleh dimakan. Sejak 100 tahun yang lalu, saintis yang mula mengkaji khasiat kesihatan bagi tumbuhan yang mengandungi polifenol yang bertindak sebagai agen antioksidan.
Kajiansaintifik dan penyelidikan klinikal menyarankan pengambilan diet yang tinggi dalam kandungan polifenol dalam jangka masa panjang dapat melindungi diri dari masalah kesihatan yang berkaitan dengan penuaan.
Selain dari mempunyai kandungan resveratrol yang tinggi, istimewanya Anggur Muskat (Muscadine grapes) ini kerana ia juga turut mengandungi asid ellagik (ellagic acid) dalam kepekatan yang tinggi yang tidak dijumpai di dalam anggur biasa. Campuran pelbagai jenis polifenol ini yang menjadikan Vivix Shaklee terlalu istimewa! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan